- Konsep Melayu
- Konsep Karya Agung Melayu
- Ciri-ciri Karya Agung Melayu
- Analisis Karya Agung
- Falsafah dalam Karya Agung
- Falsafah Bahasa
- Konsep Retorik
- Jenis dan Ciri-ciri Retorik
- Idealisme Bersumberkan Alam
- Nilai Ilmu dan Maklumat
Tuesday, April 22, 2014
SENARAI KANDUNGAN
Thursday, April 17, 2014
Wednesday, April 16, 2014
NILAI ILMU DAN MAKLUMAT
Ilmu Firasat
Ilmu firasat merupakan salah satu bentuk ilmu yang berkait rapat dengan kebolehan “membaca” perwatakan manusia melalui tanda yang ada pada tubuh. Tanda pada tubuh tersebut bukan sesuatu yang dibuat secara sewenang-wenangnya tetapi berdasarkan kepercayaan dan pengalaman yang hidup subur dalam nilai budaya dan amalan hidup masyarakat. Antara karya yang memuatkan penceritaan tentang firasat ialah Taj al –Salatin dan Bustan al-Salatin.
Medan makna firasat dalam The Encyclopedia of Islam didefinisikan sebagai: “ a technique of inductive divination which permits the foretelling of moral conditions and psychological behaviour from external indications and physical states... These indications are provided by colours, forms and limbs; they reveal the secrets of characters and minds”.
(The Encyclopedia of Islam, 1991; 916)
Antara unsur ilmu yang termasuk dalam medan makna ilmu firasat adalah seperti dalam senarai berikut: Birth- marks and beuty spot, palmistry, character as revealed from shoulder-blades, examination of foot-prints, examination of morphoscopic or genealogical lines, finding one’s bearing in deserts, dowsing, detection of precious metals, signs foretelling rain, the unravelling pf secret analogies between present and future events, divination by means of palm-trees (palmomancy).
(The Encyclopedia of Islam, 1991; 915)
SENARAI RUJUKAN
Abdul
Halim Bandan, (1994). Hikayat Hang Tuah untuk SPM. Kuala Lumpur : Cahaya Pantai
(M) Sdn. Bhd.
Ahmad
Sarji, (2004). Hang Tuah : Tokoh epik nasional. Selangor : Pelanduk
Publications (M) Sdn. Bhd.
Ani
Hj. Omar, (2011) Apresiasi teori kesusasteraan Melayu. Perak : Emeritus
Publications.
Azizah
Kassim, (1974). Kedudukan wanita dalam masyarakat adat Perpatih dalam abad
kedua puluh : Manusia dan masyarakat. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Hamka,
(1978). Soal jawab agama Islam. Kuala Lumpur : Pustaka Melayu Baru.
Jelani
Harun, (2003). Pemikiran adab ketatanegaraan kesultaanan Melayu. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd
Rosli Saludin, (2007). Naning luak terbilang. Penang : Goal Intelligent
Publishing Sdn. Bhd.
Muhammad
Haji Salleh, (1997). Sulalat al-Salatin. Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan Dan
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nordin
Selat, (1982). Sistem sosial dan adat Perpatih. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Norhalim
Hj. Ibrahim, (2005). Wanita dan adat Perpatih. Kertas kerja untuk ceramah
peranan wanita dalam adaat Perpatih, anjuran Lembaga Muzium Negeri di
Perkampungan Budaya Terachi pada 28 September 2005.
Yusoff
Iskandar dan Abd Rahman Kaeh, (1985). Sejarah Melayu : Satu perbincangan kritis
dari pelbagai bidang. Kuala Lumpur : Heinnemann.
Tuesday, April 15, 2014
IDEALISME BERSUMBERKAN ALAM
Idealisme menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 558-559) ialah sifat iaitu sikap atau perbuatan melihat atau mencita-citakan sesuatu dalam bentuk yang ideal. Selain itu juga, idealisme ialah tentang pemikiran seseorang tokoh dalam melahirkan karyanya.
Hubungan alam dengan pantun.
Karya agung Pantun Melayu: Bingkisan Permata yang dikaji dan diperkenalkan oleh Harun Mat Piah ini banyak mengandungi pantun yang mengandungi unsur-unsur alam.
Menurut Hassan Ahmad beliau beranggapan pantun merupakan wadah yang digunakan oleh orang Melayu untuk mengungkapkan fikiran dan rasa hatinya tentang makna kehidupan, tentang kelakuan manusia dan hubungannya dengan alam sekitar.Contoh:
Baik-baik belayar malam
Arus deras karangnya tajam
Cari-cari malim yang faham
Di situ banyak kapal tenggelam.
Penggunaan unsur alam ini terlahir daripada pengkaryanya sendiri kerana, seperti yang telah kita ketahui alam amat dekat dengan jiwa manusia. Malahan, jika dilihat pada masa dahulu, alam amat penting kepada kehidupan manusia kerana ianya mempunyai pelbagai khazanah yang tidak ternilai harganya. Selain itu, pada dasarnya sesebuah pantun dengan sendirinya akan menyerlahkan persekitaran masyarakat yang melahirkannya iaitu ia menyatakan latar alam dan latar budaya masyarakat.
Pembukaan Kota Melaka.
Idealisme bersumberkan alam boleh dikaitkan dengan karya agung Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu yang telah di tulis oleh Tun Seri Lanang dan telah di selenggarakan oleh A. Samad Ahmad. Pemikiran tokoh ini yang mengaitkan dengan sumber alam ialah tentang penubuhan kota Melaka. Hal ini dapat dijelaskan berikutan cerita yang terdapat dalam karya agung tersebut yang mengatakan Parameswara bersama-sama pengikutnya sedang berteduh dan menyandar pada sepohon pokok kayu yang baginda sendiri tidak ketahui namanya. Kemudian, baginda bertanyakan kepada salah seorang pengikutnya, dan pengikutnya memaklumkan kepada baginda bahawa pokok kayu tersebut ialah pokok Melaka.
Di samping itu, baginda tertarik untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat untuk di bangunkan kota, negeri dan kerajaan kerana beliau ada menyaksikan satu kejadian yang menakjubkan. Peristiwa tersebut ialah mengenai peristiwa pelanduk putih yang menendang anjing pemburuan baginda. Kejadian tersebut menyaksikan peristiwa di mana anjing pemburuan Parameswara telah di tendang jatuh ke sungai oleh seekor pelanduk putih. Antara petikan cerita yang mengisahkan tentang peristiwa pembukaan kota Melaka ialah:
“..... titah baginda “Baik tempat ini diperbuat negeri, anjing alah pada pelanduk; jikalau orangnya betapa lagi?” maka sembah segala Orang Besar-Besar, “benarlah seperti titah Duli Tuanku itu.” Maka disuruh baginda tebas, diperbuat negeri. Maka titah Baginda “apa nama kayu itu?” Maka sembah orang, “kayu Melaka namanya, Tuanku,” Maka titah Raja Iskandar Syah,”jika demikian,“Melakalah nama negeri ini?”
Singapura di langgar todak
Peristiwa Singapura di langgar todak merupakan salah satu peristiwa yang berlaku di Singapura yang turut diceritakan dalam karya agung Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu yang telah di tulis oleh Tun Seri Lanang dalam bab 4 pada halaman 67 dalam buku tersebut. Di situ, Tuan Jana Khatib telah menilik pohon pinang sehingga pohon itu telah terbelah dua dan kejadian itu berlaku di hadapan permaisuri raja. Raja telah menitahkan hukuman bunuh ke atas Tuan Jana Khatib kerana beliau di anggap sengaja ingin menunjuk-nunjuk kebolehannya di hadapan permaisuri.
Beberapa lama kemudian selepas peristiwa tersebut, Singapura telah menerima bencana besar iaitu bencana serangan todak. Ramai rakyat jelata telah terkorban. Nyawa rakyat terus melayang apabila Paduka Seri Maharaja telah memerintahkan rakyatnya berkotakan betis. Kemudian datang seorang budak yang pintar mencadangkan agar mereka berkotakan batang pisang.
Dalam peristiwa Singapura di langgar todak, ada di selitkan tentang penggunaan batang pisang untuk mempertahankan Singapura. Kepintaran budak tersebut untuk mempertahankan Singapura daripada di langgar todak amat bijak sekali kerana batang pisang yang lembut akan memudahkan muncung todak terlekat di batang tersebut. Malahan, idea tersebut muncul daripada budak tersebut mungkin di sebabkan oleh keadaan sekelilingnya yang amat banyak dengan pokok pisang atau tumbuhan yang lain. Hal ini demikian kerana, keadaan persekitarannya pada masa dahulu amat banyak dipenuhi dengan pokok-pokok atau unsur alam yang lagi yang masih terjaga. Sumber alam tersebut juga merupakan punca utama untuk penduduk mendapatkan sumber makanan. Malahan, sungai dan laut amat penting kepada mereka untuk mencari rezeki menyara kehidupan mereka sekeluarga di samping sebagai bahan dagangan.
Tuesday, April 8, 2014
JENIS DAN CIRI-CIRI RETORIK
Terdapat enam jenis ciri-ciri retorik yang akan dikupas dalam bahagian ini. Keadaan ini dapat dilihat seperti huraian di bawah :
a) Pemerian
Kebiasaannya retorik jenis pemerian ini hadir ketika penulis ingin melakukan penjelasan atau huraian berkaitan sesuatu idea. Retorik ini bermatlamat untuk menyampaikan fakta dan maklumat yang lengkap kepada pembaca atau pendengar. Di antara cirri-ciri pemerian ialah dilaksanakan secara objektif, tepat dan jelas. Contohnya memberi gambaran secara realistic berdasarkan fakta yang konkrit. Kedua, bahasa yang digunakan adalah jelas dan tersusun. Struktur penulisannya juga mempunyai pendahuluan, huraian dan kesimpulan dan yang ketiga teknik ini bersifat deskriptif dan informative. Deskriptif bermaksud maklumat yang disampaikan secara huraian manakala informative pula adalah maklumat yang disampaikan secara pemberitahuan.
b) Pemujukan
Retorik pemujukan atau pengaruhan lazimnya akan melibatkan bahasa pujukan bagi mempengaruhi pemikiran dan keyakinan orang lain agar mempercayai sesuatu perkara yang diperkatakan. Ciri-ciri retorik pemujukan ialah menggunakan bahasa yang manis, menarik dan mementingkan kehalusan berbahasa. Hal ini bertujuan menarik khalayak berdasarkan pengaruh psikologi dengan menyatakan kehebatan atau kebaikan Sesutu yang sedang diperkatakan. Kebiasaannya kita temui retorik ini dalam pengiklanan.
c) Penerangan
Seterusnya ialah retorik penerangan. Retorik ini berfungsi untuk memberi penjelasan berkenaan sesuatu perkara dengan lebih terperinci dan tersusun misalnya dari satu langkah kepada langkah yang lain dan dari satu bahagian kepada bahagian yang seterusnya.
d) Penceritaan
Retorik penceritaan atau boleh juga dikenali sebagai naratif bermaksud bentuk penyampaian melalui cerita sama ada dalam bentuk penulisan mahu pun lisan. Di antara contoh retorik penceritaan dalam penulisan ialah cerpen, novel, drama dan sebagainya.retorik penceritaan ini dapat dikenalpasti apabila mempunyai pendahuluan, perkembangan cerita, konflik dan peleraian. Selain itu, biasanya retorik ini menggunakan gaya bahasa imejan, perlambangan, metafora, personafikasi dan banyak lagi.
e) Pendedahan
Definisi retorik pendedahan ialah bentuk retorik yang mendedahkan, menampakkan sesuatu atau menunjukkan sesuatu perihal dengan jelas dan terperinci. Matlamat retorik ini digunakan diantaranya ialah memberikan idea atau maklumat kepada khlayak. Ciri-ciri retorik jenis ini ialah memberikan takrifan, dihuraikan secara jelas dan diserta dengan perbandingan.
f) Penghujahan
Retorik yang terakhir ialah retorik jenis penghujahan. Retorik penghujahan ini membawa maksud pemujukan rasional atau intelek. Biasanya retorik jenis ini digunakan dalam perbahasan, perdebatan, pembicaraan, forum dan penulisan akademik. Di antara cirri-ciri penghujahan ialah memerlukan khalayak bersetuju dan yakin dengan pendapat yang dikemukakan serta haruslah disokong dengan bukti yang konkrit dan jelas. Teknik penyampaian retorik jenis ini terbahagi kepada dua iaitu secara deduksi dan induksi.
KONSEP RETORIK
Retorik berasal daripada bahasa Greek iaitu “rhetor” yang membawa maksud pemidato. Retorik merupakan seni atau teknik memujuk yand disalurkan melalui bahasa lisan, visual atau tulisan. Definisi bagi retorik diperluas sejak retorik dijadikan sebagai salah satu bidang kajian. Oleh hal yang demikian, retorik klasik berbeza dengan retorik komtemporari yang turut melibatkan penganalisisan dalam unsur teks dan juga visual.
Retorik klasik biasanya diajar dala sastera liberal asal dan tergolong dalam trivium. Dalam zaman purba dan pertengahan, kajian terhadap menekanan penggunaan bahasa yang betul, tepat, memuaskan dan berkesan dalam aspek pengkajian dan kritikan karya sastera. Aspek logik pula menekankan ujian dan penciptaan ilmu baharu melalui proses soal dan jawab manakala retorik pula menekankan keadah atau cara memujuk yang biasanya digunakan dalam tempat-tempat awam seperti di Dewan Perhimpunan dan sebagainya. Retorik banyak digunakan dalam masyarakat demokratik dengan prinsip kebebasan bersuara berpersatuan dan kebebasan berpolitik dengan syarat tidak bercanggah dengan Perlembangan Persekutuan dan undang-undang yang ditetapkan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1326), retorik didefinisikan sebagai teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan. Bukan itu sahaja, retorik juga dimaksudkan sebagai seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran para pendengar iaitu suatu seni yang menggunakan bahasa lisan atau cara untuk berkomunikasi yang juga disebut sebagai seni berpidato.
Retorik klasik biasanya diajar dala sastera liberal asal dan tergolong dalam trivium. Dalam zaman purba dan pertengahan, kajian terhadap menekanan penggunaan bahasa yang betul, tepat, memuaskan dan berkesan dalam aspek pengkajian dan kritikan karya sastera. Aspek logik pula menekankan ujian dan penciptaan ilmu baharu melalui proses soal dan jawab manakala retorik pula menekankan keadah atau cara memujuk yang biasanya digunakan dalam tempat-tempat awam seperti di Dewan Perhimpunan dan sebagainya. Retorik banyak digunakan dalam masyarakat demokratik dengan prinsip kebebasan bersuara berpersatuan dan kebebasan berpolitik dengan syarat tidak bercanggah dengan Perlembangan Persekutuan dan undang-undang yang ditetapkan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1326), retorik didefinisikan sebagai teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan. Bukan itu sahaja, retorik juga dimaksudkan sebagai seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran para pendengar iaitu suatu seni yang menggunakan bahasa lisan atau cara untuk berkomunikasi yang juga disebut sebagai seni berpidato.
Friday, April 4, 2014
Galeri
Contoh upacara Adat Perpatih
Model Falsafah Bahasa
Hikayat Hang Tuah
Sulalatus Salatin
Sejarah Melayu
Tuesday, April 1, 2014
FALSAFAH BAHASA
Falsafah Bahasa
Falsafah bahasa ialah usaha menganalisis ciri-ciri umum bahasa seperti makna, rujukan, kebenaran, penyahihan, lakuan pertuturan, dan keperluan logis. Falsafah bahasa dapat dibahagikan kepada dua iaitu falsafah mengenai bahasa dan falsafah berdasarkan bahasa. Dalam hubungannya dengan situasi pertama, lazimnya ahli falsafah mempunyai satu sistem yang dipakai untuk mendekati bahasa sebagai satu objek khusus. Objek daripada pengertian falsafah bahasa sebagai “falsafah mengenai bahasa”. Falsafah dalam situasi kedua mengandung pengertian bahawa ahli falsafah itu berfalsafah dan memberi satu sumber yang dapat dijadikan titik tolak dalam menyediakan bahan-bahan yang diperlukan.
Sejarah Falsafah Bahasa
Falsafah bahasa turut dikenali sebagai falsafah analitis. Kemunculannya di tengah-tengah kancah falsafah mempunyai kaitan erat dengan aliran-aliran falsafah sebelumnya. Antaranya empirisme, rasionalisme, positifisme, idealisme, dan sebagainya. Setiap aliran falsafah ini mempunyai ciri khas yang membolehkan kita untuk membezakan di antara satu sama lain. Falsafah analitis didukung oleh beberapa tokoh falsafah termasyhur sejak dahulu lagi seperti Socrates, Aristotle, Descartes, David Hume, Immanuel Kant, dan G.E Moore. Keadaan ini menunjukkan bahawa falsafah ini telah muncul pada abad ke-20 lagi. Namun, pembicaraan tentang konsep utama daripada ahli-ahli falsafah analitis hanya menampilkan beberapa tokoh penting seperti Bertrand Russel, Ludwig Wittgenstein, Alfred Jules Ayer, Gilbert Ryle, dan John Langshaw Austin. Terdapat perbezaan pokok antara ahli ahli falsafah analitis itu sendiri iaitu berkaitan dengan keupayaan ahli-ahli falsafah analitis untuk menentukan prinsip-prinsip yang jelas dan kukuh bagi penerapan meteodologi falsafah ini. Ketiga-tiga gerakan ini dikenali sebagai atomisme logik, positifme logik, dan falsafah bahasa. Rajah di bawah menunjukkan carta alir bagi sejarah falsafah analitis.
Falsafah Empirisme
(John Locke, David Hume dll. dengan gagasan pengalaman penentu kebenaran)
Falsafah Rasionalisme
(Tokoh-tokohnya menggagaskan akal penentu kebenaran)
Falsafah Positifisme
(A. Comte antara tokoh yang masih dipengaruhi oleh aliran empirisme)
Falsafah Idealisme
(Bermula pertengahan abad ke-19 oleh Hegel)
Falsafah Analitis (Falsafah Bahasa)
(Bermula awal abad ke-20 oleh G.E. Moore, Bertrand Russel, dan Wittgenstein)
Rajah 1: Aliran Perkembangan Metode Falsafah di Eropah
Berdasarkan liran di atas, falsafah analitis bersifat kritikan terhadap bahasa dalam bidang falsafah. Ahli falsafah yang berpegang dengan falsafah analitis ini bertujuan atau bermaksud membersihkan dan menyembuhkan (therapy) pemakaian bahasa dalam falsafah. Hal ini bermakna para ahli falsafah analitis menganggap bahasa falsafah itu mengandungi banyak penyakit seperti kekaburan erti (vagueness), kepelbagaian makna (ambiguity), ketidakterangan (inexplicitness), dan lain-lain. Oleh sebab itu, perlu disusun suatu kriteria logis yang dapat menentukan sama ada sesuatu istilah itu mengandungi makna (meaningfull) atau tidak (meaningless). Oleh itu, kita tidak akan terjebak dalam perangkap falsafah itu.
Model Falsafah Bahasa
Model Falsafah Bahasa merupakan gabungan Teori Relatif dengan Teori Kenuranian Bahasa yang telah diperkenalkan oleh Mohd Rashid Md Idris dalam tesis ph.D beliau pada tahun 2007. Dapatan daripada teori ini ialah potensi berbahasa adalah kurniaan Allah. (Mohd Rashid Md Idris, 2010: 15). Model ini dapat dilihat seperti dalam rajah di bawah:

Berdasarkan rajah di atas, kita dapat melihat terdapat tiga pecahan utama iaitu bulatan, anak panah, dan garisan putus-putus. Bentuk bulatan menggambarkan perlunya kita berbahasa secara sempurna mengikut nahu, makna, dan tujuan. Ketiga-tiga aspek ini adalah selaras prinsip kesempurnaan berbahasa iaitu berbahasa mengikut nahu yang betul, berbahasa untuk menyampaikan maklumat yang benar, dan berbahasa untuk tujuan ibadah. Segala ujaran itu mestilah dalam konteks yang mudah untuk difahami, disenangi oleh pendengar, dan bertujuan baik selaras dengan tuntutan syarak. Bentuk bulatan ini secara tidak langsung turut menggambarkan peranan bahasa yang menggambarkan keseluruhan kehidupan orang Melayu termasuklah dalam mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan mereka sepenuhnya. Kitaran budaya dan usia juga diibaratkan seperti roda yang adakalanya di atas dan adakalanya di bawah.
Rajah anak panah dua hala menggambarkan hubungan langsung (tersurat) antara antara penutur dengan pendengar. Dalam konteks ini, akan berlakunya satu keadaan saling menghantar maklumat dan maklum balas supaya kegiatan berbahasa itu aktif dan memenuhi keperluan bersama. Keadaan ini selaras dengan prinsip kesempurnaan berbahasa yang kedua iaitu berbahasa untuk menyampaikan maklumat. Lumrahnya, seorang manusia perlu berkomunikasi antara satu sama lain untuk berhubung bagi mendapatkan maklumat. Pelbagai cara manusia berkomunikasi. Ada yang secara verbal dan ada yang secara non-verbal. Pada zaman yang serba moden ini, pelbagai teknologi canggih dapat digunakan untuk berkomunikasi walaupun berada dalam satu jarak yang jauh. Berbeza dengan komunikasi pasa zaman dahulu, pengaranglah yang banyak berperanan dalam menyampaikan satu-satu maklumat. Contohnya, Tuhfat al-Nafis dihasilkan bagi menceritakan mengenai raja-raja Melayu serta Bugis daripada anak cucu raja Melayu keturunan daripada Marhum Abdul Jalil yang mangkat di Kuala Pahang serta Marhum Raja Kecik negeri Siak adalah ditulis bagi generasi akan datang supaya mereka dapat menyedari latar belakang mereka dan memahami asal-usul keadaan yang ada pada zaman tersebut. jika kita lihat, di sini juga telah wujud komunikasi antara pengarang zaman dahulu dengan generasi sekarang bagi menyampaikan satu maklumat yang sahih tentang asal-usul keturunan mereka.
Garisan putus-putus dalam rajah menerangkan wujudnya hubungan secara abstrak (tersirat) antara manusia dengan Allah selaku Pencipta. Dalam hubungan ini, Allah telah menganugerahkan banyak perkara kepada makhluk-Nya. Keadaan ini termasuklah kejadian asal diri manusia itu sendiri. Dalam konteks ini, Allah turut menganugerahkan akal kepada manusia untuk berfikir dalam menentukan sama ada mereka memilih untuk menjadi manusia yang baik ataupun sebaliknya. Alat-alat pertuturan yang diberikan kepada manusia merupakan satu pinjaman yang amat berharga untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Manusia berkomunikasi bukan sahaja sesama mereka tetapi juga dengan Yang Maha Pencipta iaitu melalui amalan ibadah yang dilakukan. Keadaan ini selaras dengan prinsip kesempurnaan berbahasa yang ketiga iaitu berbahasa untuk beribadah atau mentauhidkan Allah. Dalam Tuhfat al-Nafis, pengarang turut menyampaikan banyak perihal tentang keagamaan bagi memperlihatkan tentang kepentingan beragama walaupun daripada golongan atasan dan pemerintah.
Secara keseluruhannya, Model Falsafah Bahasa cuba mengetengahkan satu situasi yang lebih jelas tentang keperluan berkomunikasi sama ada secara tersurat mahupun tersirat. Ketiga-tiga prinsip kesempurnaan berbahasa yang dihimpunkan dalam model ini sememangnya banyak menyedarkan kita akan kepentingan berbahasa dalam kehidupan sehari-harian. Manusia yang tidak gemar bercampur dengan masyarakat lain dianggap rugi kerana mereka akan ketandusan maklumat. Model ini sangat penting diaplikasikan pada zaman moden ini memandangkan masyarakat terutamanya golongan muda lebih gemar hidup dalam dunia sendiri dengan gajet-gajet terkini sehingga mengabaikan perintah agama.
Semua bahasa yang terdapat di dunia mempunyai nahu atau tatabahasa yang tersendiri, terutamanya bahasa Melayu. Nahu atau tatabahasa merujuk kepada sistem atau susunan sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Penggunaan nahu yang sempurna bermaksud penggunaan kata atau perkataan dan ayat yang betul dalam proses berbahasa.
Nyanyian dalam karya sulalatus salatin memperlihatkan penggunaan bahasa yang sangat halus untuk menggambar sesuatu perkaran. Perkara ini dapat dilihat melalui nyanyian Kapitan Melaka.
Dihela-hela diretak sehasta
Kandis dipenggalkan
Alangkah gila Raja Kecil
Menggusta manis ditinggalkan
Melihat buah hartal masuk.
(Muhammad Haji Salleh, 1997: 217)
Nilai berbudi dan berbahasa dianggap sebagai suatu nilai yang tinggi dalam masyarakat Melayu dan disanjung tinggi sebagai ukuran ketinggian keperibadiannya. Dalam karya Sulalatus Salatin yang ditulis oleh Muhammad Haji Salleh menunjukkan ketinggian ilmu orang Melayu dalam berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang indah seperti pantun dan syair.
Saturday, March 29, 2014
FALSAFAH BERSUMBERKAN MELAYU
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007:406 falsafah bermaksud pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. Etimologinya pula, perkataan ini berasal daripada Yunani berdasarkan perkataan philosophia yang bererti cinta akan kebijaksanaan. Falsafah bersumberkan melayu lebih kepada nilai melayu yang terdapat dalam sesebuah karya agung tersebut. Dalam karya Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu, banyak terakam sejarah dan asal usul adat istiadat Kesultanan Melayu masa silam.
Jenis-jenis adat di istana.
Ø Adat mengadap raja di balairung.
Adat ini merupakan perkara yang wajib dilakukan ketika mengadap Sultan. Malahan, sehingga sekarang juga adat ini masih diteruskan walaupun tidak semuanya sama dengan yang dahulu. Hal ini demikian kerana, Sultan di anggap orang yang paling mulia, oleh itu sesiapa yang ingin mengadap Sultan haruslah mengetahui tentang adat-adat yang telah ditetapkan.
Ø Adat menyambut kedatangan utusan kerajaan dari luar.
Dalam adat ini, pihak yang lebih berkuasa akan dihormati. Dengan itu, untuk menyambut utusannya akan di buat secara besar-besaran. Malahan, pihak tersebut juga berkemungkinan mempunyai kekuasaan yang amat kuat dan terpengaruh di rantau tersebut. Dengan itu, jika tidak menyambutnya dengan cara yang terhormat, berkemungkinan akan memberi kesan kepada sesebuah kerajaan kelak.
Pantang larang dalam adat istiadat di istana.
Ø Larangan memakai barangan berwarna kuning.
Orang-orang kebanyakkan di larang memakai sapu tangan, tepi tabir dan bantal besar yang berwarna kuning. Kain baju, destar yang berwarna kuning boleh dipakai sekiranya di anugerahkan oleh raja. Hal ini demikian kerana, warna kuning dan putih merupakan warna di raja. Oleh itu, orang kebanyakkan di larang memakai kecuali ketika mendapat undangan yang berkaitan dengan istana. Namun, pada masa sekarang telah ramai orang kebanyakkan yang memakai baju berwarna kuning atau putih biarpun tidak mendapat undangan untuk ke istana. Walau bagaimanapun, mereka tetap menghormati warna kuning dan putih kerana warna tersebut merupakan warna rasmi untuk istana.
Ø Larangan bertengkolok dan berbaju sarung.
Pada zaman pemerintahan sultan dahulu, rakyat biasa tidak dibenarkan memakai baju sarung dan bertengkolok pada hari perkahwinan kecuali apabila dikurniakan oleh raja. Sekiranya adat ini tidak dipatuhi, rakyat tersebut akan dikenakan hukuman denda. Pemakaian baju sarung dan bertengkolok tidak dibenarkan kerana pakaian tersebut merupakan pakaian sultan ataupun pembesar-pembesar di istana. Oleh itu, jika rakyat memakai pakaian tersebut berkemungkinan ia di anggap menghina pakaian kaum kerabat istana dan mungkin di anggap setaraf dengan rakyat biasa.
Ø Larangan berkelakuan biadap terhadap raja dan pembesar.
Rakyat mesti menghormati raja dan pembesar. Hal ini demikian kerana, raja dan pembesar merupakan orang yang penting dalam mentadbir sesebuah Negara. Keamanan dan kemakmuran sesebuah Negara merupakan hasil daripada kerja keras dan pentadbiran yang sistematik daripada raja dan pembesar. Dengan itu, sesiapa yang ingkar akan larangan adat tersebut akan di jatuhkan hukuman bunuh. Hal ini dapat di lihat dalam Sejarah Melayu tentang Perpatih Hitam yang cuba dibunuh oleh Laksaman kerana menguis tikar di hadapan bendahara.
Ø Larangan menyebarkan fitnah.
Perbuatan menyebarkan fitnah adalah berdosa besar. Malah akan menyebabkan orang yang tidak bersalah teraniaya dan menerima hukuman. Hukuman bunuh akan diberikan kepada mereka yang menyebarkan fitnah. Contohnya dalam buku Sejarah Melayu, Raja Mandaliar dan Kitul dijatuhkan hukuman bunuh kerana mereka bertanggungjawab menyebarkan fitnah.
Sering kita dengar “menfitnah itu lebih kejam daripada membunuh”. Oleh itu, hukuman bagi orang yang menfitnah adalah setimpal dengan hukuman bunuh. Pada masa dahulu, kita sering terbaca tentang perangai pembesar-pembesar atau rakyat jelata yang suka menyebarkan fitnah untuk kepentingan diri mereka sendiri. Oleh itu, jika tidak dikenakan hukuman mereka akan terus menyebarkan fitnah.
Ø Larangan menderhaka.
Rakyat tidak boleh sesekali menderhaka kepada raja. Sekiranya menderhaka, mereka akan dikenakan hukuman bunuh. Contohnya ialah hukuman bunuh ke atas bendahara Seri Maharaja serta seluruh ahli keluarganya kecuali Tun Fatimah kerana dikatakan bendahara sedang merancang untuk merampas kuasa atau cuba mencabar hak kedudukan raja. Jika, pada zaman pemerintahan kerajaan Melaka dahulu, kita sering mendengar rakyat atau pembesar yang menderhaka kepada raja akan terkena tulah. Hal ini demikian kerana, pada ketika itu, kuasa raja amat di pandang tinggi oleh semua golongan. Mereka yang tidak menghormati raja akan di anggap menderhaka.
FALSAFAH DALAM KARYA AGUNG
FALSAFAH MELAYU DALAM BUSTAN AL-KATIBIN
Bustan al-Satibin ialah sebuah karya paling awal tentang Bahasa Melayu yang disusun oleh seorang ilmuwan dan budayawan Melayu yang ulung iaitu Raja Ali Haji. Karya agung Bustan Al-Salatin merupakan satu-satunya kitab yang menceritakan mengenai sejarah kesultanan Acheh dan Melayu secara terperinci. Kitab ini di tulis mengikut arahan Sultan Iskandar Thani yang merupakan pemerintah Acheh yang mahukan sebuah kitab yang dapat mendaulatkan diri baginda sebagai pemerintah yang berdaulat. Apabila menulis atas perintah raja, hasil penulisannya memenuhi keperluan pemerintah demi menjaga martabat dan seterusnya memaparkan aspek-aspek positif terhadap pemerintah. Kitab ini sama ada secara langsung atau tidak langsung turut mengagung-agungkan Sultan Iskandar Thani sebagai pemerintah Acheh.
FALSAFAH MELAYU DALAM TUHFAT AL-NAFIS
Tuhfat Al-Nafis : menceritakan sejarah kerajaan Riau-Lingga, sebuah kerajaan Melayu yang paling kompleks dan canggih. Dari segi kronologi, latar peristiwa meliputi jangka waktu dari awal abad ke-17 hingga pertengahan abad ke-19. Dari segi geografi, Tuhfat Al-Nafis meliputi peristiwa di kalangan semua kerajaan Melayu di Semenjung Melayu dan Kepulauan Riau-Lingga (termasuk Singapura), di Siak (Sumatera Timur), di Kalimantan Barat, di Sulawesi Selatan, dan di Betawi.
FALSAFAH MELAYU DALAM HIKAYAT HANG TUAH
Hikayat Hang Tuah : Dikarang pada sekitar tahun 1641 hingga 1736 ini adalah satu-satunya epik Melayu yang mewakili bangsa itu sendiri tentang cita-citanya, kebolehannya, dan sikap hidupnya pada suatu zaman. Pengarang mengakhiri karyanya dengan meninggalkan semangat yang kekal dalam minda Melayu hingga hari ini: ”Takkan Melayu Hilang di Dunia’.
Monday, March 24, 2014
ANALISIS KARYA AGUNG
HIKAYAT HANG TUAH
Konsep Penulisan Hikayat Hang Tuah
Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik Melayu yang bukan sahaja terkenal dalam kalangan bangsa Melayu tetapi di seluruh Nusantara dan salah satu manuskrip atau teks yang tertua. Penulisan Hikayat Hang Tuah yang asal telah ditulis dalam tulisan jawi. Pertama kali hikayat ini telah disebut pada kurun ke-17 dan dihasilkan pada akhir kurun ke-17 serta terdapat sekurang-kurangnya 20 manuskrip teks tersebut. Hikayat ini memperlihatkan ciri-ciri kepahlawanan pada zaman kesultanan Melayu yang mencatatkan watak Hang Tuah sebagai tokoh agung dan lambang kemegahan bagi bangsa Melayu. Berdasarkan buku Hang Tuah Tokoh Epik Nasional yang ditulis oleh Ahamd Sarji, Hikayat Hang Tuah telah ditulis antara tahun 1641 dan 1721 dan menurut Soelastin Soetrisno menyatakan bahawa jurang tarikh itu boleh dirapatkan lagi iaitu antara 1676 dengan 1700.
Watak Hang Tuah yang timbul dalam penulisan hikayat ini berbeza dalam bahagian pertama dengan wataknya dalam bahagian kedua. Dalam bahagian pertama, Hang Tuah digambarkan sebagai seorang pahlawan yang gagah, garang, dan berani. Dalam bahagian kedua pula Hang Tuah digambarkan seorang pengembara, diplomat, dan ahli sufi, iaitu bijaksana, sabar, dan warak. Kemungkinan, dua watak yang berbeza itu dapat digambarkan mempunyai dua peringkat riwayat bangsa Melayu sebelum zaman moden, iaitu peringkat kebangkitannya dan peringkat kejatuhannya. Melalui sifat-sifat Hang Tuah ini boleh dijadikan sebagai role model orang lain dan sebagai bukti kebolehan yang ada dalam diri seorang anak Melayu.
Pengarang hikayat ini tidak diketahui tetapi mungkin menunjukkan bahawa beliau berasal daripada golongan pegawai Raja yang paling kanan iaitu Bendahara yang keluarganya mempunyai pertalian darah dengan Raja itu dan yang kelihatan mungkin memendam cita-cita untuk menduduki takhta. Mengikut Encyclopedia of Malaysia dalam buku Hang Tuah Tokoh Epik Nasional (2004: 3), perkataan “hikayat” ialah kata pinjaman daripada bahasa Arab yang bererti semua jenis sejarah. Dalam bahasa Melayu, erti perkataan ini telah berubah mengikut edaran masa sehingga dalam judul sesuatu karya, perkataan tersebut membawa maksud “cerita”.
Kekuatan Pengarang
Sebagai sebuah epik, Hikayat Hang Tuah mempunyai kekuatan tersendiri antaranya daripada segi gaya penulisan, iaitu bahasa. Pengarang Hikayat Hang Tuah telah memuatkan unsur-unsur puisi dalam karyanya sebagaimana prosa Melayu yang lain. Penggunaan puisi ini mampu menjadikan cerita itu berestetik dan indah apabila dibaca oleh orang lain. Puisi ini juga dapat menyampaikan maksud sama ada secara tersirat atau tersurat dan pembaca akan berasa terhibur apabila membacanya. Puisi pantun telah diselitkan dalam karya ini bagi menambahkan keindahan bahasa cerita. Contohnya :
Kain bersuji di atas atap,
Pakaian raja hari raya;
Jika sudi tuan santap,
Jika tidak apakan daya.
Hang Tuah dan para sahabatnya juga pandai berpantun. Hal ini demikian jelaslah bahawa mereka suka berbalas-balas pantun dalam menyampaikan sesuatu cerita bagi memeriahkan sesuatu keadaan.
Selain itu, kekuatan pengarang terserlah apabila banyak memaparkan aspek-aspek kemasyarakatan, kemanusiaan, kebudayaan, nilai-nilai moral, dan sebagainya. Aspek kemasyarakatan dapat dilihat apabila watak-watak dalam Hikayat Hang Tuah ini mengamalkan sikap kerjasama, gotong-royong, bersatu-padu, dan sebagainya. Sebagai contoh sikap gotong-royong terpamer apabila rakyat jelata bersama-sama membina istana Melaka menyiapkan sebuah kapal atau jong untuk kenaikan raja. Bagi aspek kebudayaan pula dapat diperhatikan dalam pelbagai bentuk sama ada melalui adat resam yang diamalkan seperti adat pertabalan raja, menyambut tetamu, adat bertemu dengan raja atau pembesar kerajaan, adat kenduri, dan sebagainya. Nilai-nilai moral pula dapat ditunjukkan melalui watak Hang Tuah sendiri iaitu seorang yang merendah diri, rajin dalam menuntut ilmu, semangat kesetiaan kepada raja dan sahabat, hormat-menghormati, dan sebagainya. Sikap ini perlu dicontohi oleh para pembaca sebagai motivasi diri untuk menghadapi cabaran yang lebih besar. Jika nilai-nilai positif ini tidak ada dalam diri, maka sukarlah sesuatu pekerjaan itu dapat dilakukan dengan baik malah sering mendapat masalah. Oleh itu, setiap cerita mempunyai maksud yang hendak disampaikan sama ada baik atau buruk. Perkara yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.
Motif Pengarang
Antara motif pengarang Hikayat Hang Tuah ialah ingin mengetengahkan sifat-sifat positif yang ada dalam diri Hang Tuah itu sendiri. Jati diri Melayu terserlah melalui sifat peribadi Hang Tuah yang dianggap sebagai wira unggul Melayu dan sangat berwibawa. Sikap Hang Tuah telah dipaparkan oleh pengarang dalam pelbagai segi sama ada fizikal, mental, dan rohani. Contohnya, Hang Tuah mempunyai sifat keberanian yang tinggi dan luar biasa. Beliau mampu mengalahkan seramai 70 orang yang mengamuk ketika di Majapahit. Hal ini demikian dapat dibuktikan apabila Hang Tuah dilihat begitu bijak dalam mengatur strategi ketika berhadapan dengan 70 orang penjurit walaupun keseorangan disebabkan beliau mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam dunia persilatan untuk mempertahankan diri daripada musuh. Sifat keberanian yang ditonjolkan ini perlu ada dalam diri setiap generasi seterusnya bagi mengelakkan berlakunya penindasan dan tidak adil dalam sesuatu pentadbiran. Orang yang berada di bawah juga tidak akan terus berada di bawah sebaliknya mampu memajukan diri menjadi yang lebih baik.
Selain itu, pengarang menunjukkan kepentingan menuntut ilmu sebagai suntikan semangat kepada generasi seterusnya untuk mendalami pelbagai ilmu pengetahuan. Hang Tuah telah memantapkan diri dengan mempelajari pelbagai ilmu sama ada secara zahir dan batin. Hal ini demikian dapat dibuktikan oleh Hang Tuah apabila beliau mampu bertutur dalam 12 bahasa asing, fasih berkata-kata, dan mempunyai raut wajah yang manis serta sopan. Gambaran fizikal Hang Tuah telah diceritakan dalam hikayat ini iaitu:
“Maka Syahbandar pun kasih mesra rasanya melihat laku Laksamana berkata-kata dengan bahasa Arab itu, fasih lidahnya dengan manis mukanya berkata-kata, sangat ia merendahkan dirinya”.
( Hikayat Hang Tuah, hlm. 473 )
Ketika Hang Tuah berada di Tanah Arab, Rom, Siam, India, dan China, beliau mampu bertutur dan memahami setiap bahasa yang dipertuturkan oleh masyarakat tersebut. Contohnya, Kisna Rayan telah melantik Hang Tuah sebagai wakil kerajaan Keling ke negara China kerana kepandaian Hang Tuah bertutur dalam bahasa Keling menyamai dengan penduduk di negara tersebut. Hang Tuah juga mempelajari semua ilmu hulubalang dan pertapaan. Oleh itu, pengarang ingin menunjukkan bahawa budaya ilmu amat penting sebagai manusia Melayu. Dengan kemantapan ilmu yang dimiliki oleh seseorang mampu menjadikan diri dihormati dan disegani oleh orang lain. Walau bagaimanapun, ilmu yang dimiliki mestilah digunakan secara wajar dan bukan untuk membangga diri. Inilah perkara yang ingin diterapkan oleh pengarang melalui watak-watak yang dipaparkan dalam hikayat ini.

SULALATUS SALATIN
Konsep Penulisan Sulalatus-salatin
Sulalatul Salatin atau Sejarah Melayu merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. Teks –teks yang dikenali sebagai Sejarah Melayu atau Sulalatul Salatin ini telah melalui beberapa zaman dan dianugerah dengan sejarahnya yang tersendiri. Karya ini telah menempuh beberapa tahap perkembangan. Naskah asal karya ini telah disalin beberapa kali di Johor. Karya ini ditulis pada tahun 1612 oleh Tun Seri Lanang dan cerita secara lisan serta salasiahnya telah berkembang dalam kalangan istana sejak awal dari tahun tersebut.
Sulalatul Salatin adalah sebuah karya yang tercipta daripada titah raja. Terdapat sebuah titah yang berbunyi :
“bahawa hamba minta diperbuat hikayat pada bendehara perteturun segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya supaya didengar oleh cucu kita kemudian dari kita dan ketahuinyalah segala perkataan, syahadah beroleh faedahnya mereka itu daripadanya”.
(Sulalatul Salatin, hlmn. 390)
Seluruh sejarah bangsa Melayu melalui karya ini dikonsepkan sebagai terdiri daripada cerita dan episod yang menjadi tapak dan petak sejarah. Dalam cerita dan episod ini terdapat peristiwa yang membawa kepada kesimpulan yang diinginkan misalnya nilai yang diunggulkan, manusia terpilih yang harus dicontohi serta kelemahan dan kejahatan yang merosakkan manusia dan negeri. Hal ini demikian seharusnya dielak dalam pembentukan sesebuah negeri. Tidak kurang juga soal hubungan antara manusia dan negeri yang aman dan berperadaban. Ruang naratif inilah yang membawa pelbagai makna yang tidak hanya menceritakan sebuah jurai keturunan raja-raja Melaka.
Kekuatan Pengarangan
Kekuatan pengarangan yang dapat dianalisis berdasarkan karya ini ialah melalui bahasa yang disampaikan kepada pembaca. Bahasa hakikatnya berubah bergantung kepada zaman sesebuah karya itu ditulis. Karya akan diwarnai oleh perbendaharaan, cara penggunaan dan cita rasa zaman tersebut. Hal ini dapat membantu para pembaca menyelami akal budi seseorang pengarang Melayu dan dapat mencerminkan bahasa zamannya. Walaupun bahasa sesebuah teks itu dapat berubah mengikut zaman, namun bentuk aslinya masih dapat dikekalkan dan dibayangkan secara langsung kepada pembaca. Hal ini demikian kerana karya yang terhasil adalah daripada sumber bertulis dan bukan secara lisan.
Kekuatan bahasa dalam karya agung ini dibuktikan melalui penggunaan perbendaharaan kata iaitu banyak menggunakan kata-kata bahasa Melayu Kuno. Antara perkataan bahasa Malayu asli kuno yang didapati dalam karya ini seperti :
Tuhan, mentuha, poawang, berparang, mutah, nulayan, nyiah, taban, junum, ejung, tujerumusy, ngeran, lasa, jengkelenar, maya, bilalang, remak, semakuk, menguliling, datu nene, bubung.
Begitu juga penggunaan imbuhan yang kita kenal sebagai /ber/, wujud dalam bentuk yang lebih pendek, /be/ yang kelihatan lebih awal sifatnya dalam perkataan seperti betingkah, belayam dan sebagainya. Terdapat juga bentuk kuno yang menyengaukan beberapa bunyi yang tidak lagi disengaukan dalam bahasa Melayu moden seperti :
menengar = mendengar
mementang = membentang
mengantarkan = menghantarkan
Melalui penelitian dalam aspek bahasa karya ini, didapati terdapat penggunaan kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit yang telah diikitiraf dalam pekembangan awal bahasa melayu. Banyak penggunaan kata yang dipakai tanpa proses asimilasi ke dalam cara penyebutan Melayu. Asmah haji Omar (1991: 141) juga telah mendapati terdapat pinjamaan bahasa Sanskrit yang lebih purba sifatnya dalam Sulat al-Salatin seperti :
Nugraha, manusya, binasya, basya, syegera, kerena, karunia, syurga, dan pendita
Bakat sastera pengarang karya ini diturunkan dalam pelbagai nada seperti moralistis, sering khusuk dan merujuk kepada Al-Quran dengan pandangan sejarah yang amat luas dan melihat bahawa sejarah harus dibayar dan negara adalah perjanjian rakyat dengan rajanya yang dipilih Allah sebagai gantiNya di dunia (Muhammad Haji Salleh, 1997: 5). Antara unsur yang luar biasa melalui pengarangan teks ini ialah “vignette”nya iaitu bukan saja melukis bakat sepanjang sejarah, tetapi dilukin dengan mata pena yang halus namun tajam. Ada yang mempamerkan neurosisnya, orang nakal, pelaram, pemabuk dan sebagainya.
Terdapat juga unsur yang jelas dibawa oleh pengarang dalam Sulalatul Salatin iaitu unsur humor yang ditemui dalam halaman-halaman karya ini. Unsur humor diberikan tempat seiring dengan tragedi, keperitan hidup, penganiyaan dan penyeksaan. Dalam kajian Syed Zulfida (1976) dan Yusoff Iskandar dan Abd. Rahman Kaeh (1978: 119-134) diperlihatkan bagaimana Tun Seri Lanang kerap menggunakan unsur ini yang sering digandingkan oleh ejekan serta kecerdasan mengolah bahasa.
Motif Pengarang
Motif pengarang Melayu melalui teks yang ditulisnya tidak jauh membicarakan secara langsung mahupun tidak langsung aspek pengajaran dan kehidupan. Hal ini demikian sebagai salah satu tugas sasteranya. Berbagai-bagai cara telah digunakan untuk tujuan ini dan salah satunya ialah memberi ruang untuk menyampaikan pesanan terakhir seorang raja atau bendehara yang penting. Melalui kata-kata terakhir ini, kesimpulan daripada makna kehidupan dicerna untuk zaman dan generasi akan datang.
Cerita-cerita yang dipaparkan pengarang mempunyai unsur moral, agama dan pedagogi. Pembaca akan memperoleh maklumat tentang keturunan raja-raja Melayu dan adat istiadatnya serta peristiwa-peristiwa penting dalam perjalanan kerajaan Melayu Melaka dan jajahannya. Tambahan pula, pembaca juga diberi pengetahuan tentang kezaliman raja dan golongan bangsawan, serta bagaimana perlakuan seseorang raja yang zalim itu dibalas dengan keruntuhan negerinya. Sifat keangkuhan akan berakhir dengan kejatuhan dan pegawai yang jujur akan disanjung oleh masyarakat.
.jpg)
Rujukan
Abdul Halim Bandan (1994). Hikayah Hang Tuah untuk SPM. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai
(M) sdn. Bhd
Ahmad Sarji (2004). Hang Tuah: Tokoh Epik Nasional. Selangor: Pelanduk Publications (M)
Sdn. Bhd
Kassim Ahmad (1997). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka
Muhammad Haji Salleh (1997). Sulalat al-Salatin. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan Dan Dewan Bahasa Dan Pustaka
Yusoff Iskandar dan Abd Rahman Kaeh (1985). Sejarah Melayu: Satu Perbincangan KritisDari Pelbagai Bidang. Kuala Lumpur: Heinnemann.
Saturday, March 22, 2014
CIRI-CIRI KARYA AGUNG
Antara ciri yang lazimnya dapat dilihat dalam karya agung ialah penggunaan perbendaharaan kata yang sangat menarik. hal ini dapat dilihat apabila penulis atau penghasil karya zaman dahulu amat kaya dengan perbendaharaan kata yang hebat dan tinggi maksudnya. Walaupun sesebuah karya tersebut telah diubah atau versi barunya telah ditulis oleh orang lain, namun penulis masih mengekalkan perbendaharaan kata yang terkandung dalam teks terawal. Sebagai contohdalam karya agung Sulaltus Salatin, perkataan Melayu asli kuno masih dapat dilihat berdasarkan perkataan nyiah, lasa, semakuk, bubung dan sebagainya. Bukan itu sahaja,, karya Sulalatus Salatin juga ditulis dengan memasukkan beberapa perkataan bahasa Arab yang tidak melibatkan sebarang proses asimilasi. Antara perkataan bahasa Arab yang terdapat dalam Sulalatus Salatin ialah kadhi, fikir dan khoja.
Selain itu, sesebuah karya agung lazimnya mengandungi cerita yang sarat dengan unsur agama, moral dan pedagogi. Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat zaman dahulu menyampaikan nasihat dan pengajaran kepada orang lain melalui pelbagai medium seperti nyanyian, syair, pantun serta secara bertulis melalui karya agung. Melalui karya Sulalatus Salatin juga penulis dapat menyampaikan banyak pengajaran dan nasihat kepada masyarakat terutamanya kepada anak muda masa ini. Antara kisah yang terkandung dalam karya Sulalatus Salatin ialah kisah kezaliman raja serta cara hidup masyarakat Melayu terdahulu. Pengajaran yang dapat disampaikan melalui kisah ini ialah seseorang yang ingin menjadi pemimpin hendaklah adil dan tidak menganiaya golongan bawahan. Selain itu, rakyat atau golongan bawahan juga hendaklah akur dengan perintah raja. Hal ini demikian kerana sekiranya rakyat taat kepada pemerintah iaitu raja, negara kediaman mereka berada dalam keadaan aman damai.
Tuesday, March 11, 2014
KONSEP KARYA AGUNG MELAYU
MAKSUD KARYA AGUNG
Karya agung ialah karya klasik yang telah meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa. Karya itu dapat dianggap sebagai pembentuk dan cermin budaya dan tamadun bangsa yang melahirkan karya itu. Ia melambangkan keunggulan daya cipta bangsa itu untuk membentuk tradisi dan identitinya yang tersendiri. Kita mengenal tamadun Greek, Cina, India, Mesir dan bangsa-bangsa yang lain melalui karya seni, pemikiran, falsafah, sastera dan dicetuskan oleh pemikir, seniman dan sasterawan zaman dahulu kala mereka yang mampu meninggalkan pengaruh yang besar dan kekal sepanjang zaman, dipelajari, dijadikan petua, dikekalkan atau dicerna oleh keturunan berikutnya sehinggalah hasilnya menjadi tradisi dan warisan bangsa hingga ke zaman ini.
KARYA AGUNG MELAYU
Karya agung Melayu ialah karya yang melambangkan keunggulan daya cipta seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu dahulu kala dalam menggambarkan idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi bangsa dan masyarakatnya melalui bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya sehingga kesan seni, budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman dalam minda kolektif bangsa Melayu. Tamadun Melayu sepanjang zaman banyak sekali dibentuk dan diwataki oleh tradisi sastera ini.
Karya Agung Melayu bererti karya agung yang ditulis atau diungkapkan atau dilisankan (pepatah, pantun, lipur lara, dan lain-lain) dalam bahasa Melayu, tidak mengambil kira kelompok bangsa/etnik dalam kawasan Dunia Melayu ini, sama ada orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, atau orang Melayu Brunei, atau orang Aceh, orang Bugis, orang Minangkabau, dan lain-lain yang menghasilkan karya itu. Dari segi ini sempadan geografi dan etnik tidak timbul, tidak kira di manakah daerah asalnya di Dunia Melayu ini, dan mampu mencetuskan dalam bentuk dan gaya yang luar biasa, unsur-unsur pemikiran, sistem nilai dan kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup bangsa Melayu turun-menurun.
Monday, March 3, 2014
KONSEP MELAYU
Definisi Awal Istilah “Melayu”
1. M. Ptolemy menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis.
2. Kitab Hindu Purba yang berjudul Purana terdapat perkataan malaya-dvipa.
3. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk
mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.
4. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah
kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi, iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya di Palembang.
5. Catatan dalam kesusasteraan China menyatakan bahawa pengembara yang singgah di Nusantara mendapati bahasa yang
dituturkan penduduk di situ ialah bahasa K’un-lun. Bahasa ini dipercayai oleh penyelidik sebagai bahasa Melayu kuno.
6. Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan “Malaya” atau “Melayu” pada
bahagian belakangnya.
7. Buku Sejarah Melayu mengaitkan perkataan Melayu dengan nama sebatang sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu
Sungai Melayu.
Definisi “Melayu” dari segi etimologi
Etimologi : Kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut.
1. Berasal daripada perkataan Malaya, iaitu kependekan “hima alaya”. “Alaya” bermaksud “tempat” manakala “hima alaya”
bermaksud “tempat bersalji”.
2. Perkataan Malayapura yang bermaksud “kota Melayu” atau “kerajaan Melayu”.
3. Dikatakan diambil daripada perkataan bahasa Jawa kuno, mlayu yang bermaksud “mengembara” atau “pergi ke mana-mana”.
4. Berasal daripada nama sebatang sungai, Sungai Melayu yang disebut dalam buku Sejarah Melayu.
5. Van der Tuuk , perkataan Melayu bererti “menyeberang”, merujuk kepada orang Melayu yang menyeberang atau menukar
agama daripada agama Hindu-Buddha kepada Islam.
Sumber : http://bukharis.blogspot.com/2010/05/asal-usul-bahasa-melayu.html
Subscribe to:
Posts (Atom)