Retorik klasik biasanya diajar dala sastera liberal asal dan tergolong dalam trivium. Dalam zaman purba dan pertengahan, kajian terhadap menekanan penggunaan bahasa yang betul, tepat, memuaskan dan berkesan dalam aspek pengkajian dan kritikan karya sastera. Aspek logik pula menekankan ujian dan penciptaan ilmu baharu melalui proses soal dan jawab manakala retorik pula menekankan keadah atau cara memujuk yang biasanya digunakan dalam tempat-tempat awam seperti di Dewan Perhimpunan dan sebagainya. Retorik banyak digunakan dalam masyarakat demokratik dengan prinsip kebebasan bersuara berpersatuan dan kebebasan berpolitik dengan syarat tidak bercanggah dengan Perlembangan Persekutuan dan undang-undang yang ditetapkan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1326), retorik didefinisikan sebagai teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan. Bukan itu sahaja, retorik juga dimaksudkan sebagai seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran para pendengar iaitu suatu seni yang menggunakan bahasa lisan atau cara untuk berkomunikasi yang juga disebut sebagai seni berpidato.
No comments:
Post a Comment