- Konsep Melayu
- Konsep Karya Agung Melayu
- Ciri-ciri Karya Agung Melayu
- Analisis Karya Agung
- Falsafah dalam Karya Agung
- Falsafah Bahasa
- Konsep Retorik
- Jenis dan Ciri-ciri Retorik
- Idealisme Bersumberkan Alam
- Nilai Ilmu dan Maklumat
Tuesday, April 22, 2014
SENARAI KANDUNGAN
Thursday, April 17, 2014
Wednesday, April 16, 2014
NILAI ILMU DAN MAKLUMAT
Ilmu Firasat
Ilmu firasat merupakan salah satu bentuk ilmu yang berkait rapat dengan kebolehan “membaca” perwatakan manusia melalui tanda yang ada pada tubuh. Tanda pada tubuh tersebut bukan sesuatu yang dibuat secara sewenang-wenangnya tetapi berdasarkan kepercayaan dan pengalaman yang hidup subur dalam nilai budaya dan amalan hidup masyarakat. Antara karya yang memuatkan penceritaan tentang firasat ialah Taj al –Salatin dan Bustan al-Salatin.
Medan makna firasat dalam The Encyclopedia of Islam didefinisikan sebagai: “ a technique of inductive divination which permits the foretelling of moral conditions and psychological behaviour from external indications and physical states... These indications are provided by colours, forms and limbs; they reveal the secrets of characters and minds”.
(The Encyclopedia of Islam, 1991; 916)
Antara unsur ilmu yang termasuk dalam medan makna ilmu firasat adalah seperti dalam senarai berikut: Birth- marks and beuty spot, palmistry, character as revealed from shoulder-blades, examination of foot-prints, examination of morphoscopic or genealogical lines, finding one’s bearing in deserts, dowsing, detection of precious metals, signs foretelling rain, the unravelling pf secret analogies between present and future events, divination by means of palm-trees (palmomancy).
(The Encyclopedia of Islam, 1991; 915)
SENARAI RUJUKAN
Abdul
Halim Bandan, (1994). Hikayat Hang Tuah untuk SPM. Kuala Lumpur : Cahaya Pantai
(M) Sdn. Bhd.
Ahmad
Sarji, (2004). Hang Tuah : Tokoh epik nasional. Selangor : Pelanduk
Publications (M) Sdn. Bhd.
Ani
Hj. Omar, (2011) Apresiasi teori kesusasteraan Melayu. Perak : Emeritus
Publications.
Azizah
Kassim, (1974). Kedudukan wanita dalam masyarakat adat Perpatih dalam abad
kedua puluh : Manusia dan masyarakat. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Hamka,
(1978). Soal jawab agama Islam. Kuala Lumpur : Pustaka Melayu Baru.
Jelani
Harun, (2003). Pemikiran adab ketatanegaraan kesultaanan Melayu. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd
Rosli Saludin, (2007). Naning luak terbilang. Penang : Goal Intelligent
Publishing Sdn. Bhd.
Muhammad
Haji Salleh, (1997). Sulalat al-Salatin. Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan Dan
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nordin
Selat, (1982). Sistem sosial dan adat Perpatih. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Norhalim
Hj. Ibrahim, (2005). Wanita dan adat Perpatih. Kertas kerja untuk ceramah
peranan wanita dalam adaat Perpatih, anjuran Lembaga Muzium Negeri di
Perkampungan Budaya Terachi pada 28 September 2005.
Yusoff
Iskandar dan Abd Rahman Kaeh, (1985). Sejarah Melayu : Satu perbincangan kritis
dari pelbagai bidang. Kuala Lumpur : Heinnemann.
Tuesday, April 15, 2014
IDEALISME BERSUMBERKAN ALAM
Idealisme menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 558-559) ialah sifat iaitu sikap atau perbuatan melihat atau mencita-citakan sesuatu dalam bentuk yang ideal. Selain itu juga, idealisme ialah tentang pemikiran seseorang tokoh dalam melahirkan karyanya.
Hubungan alam dengan pantun.
Karya agung Pantun Melayu: Bingkisan Permata yang dikaji dan diperkenalkan oleh Harun Mat Piah ini banyak mengandungi pantun yang mengandungi unsur-unsur alam.
Menurut Hassan Ahmad beliau beranggapan pantun merupakan wadah yang digunakan oleh orang Melayu untuk mengungkapkan fikiran dan rasa hatinya tentang makna kehidupan, tentang kelakuan manusia dan hubungannya dengan alam sekitar.Contoh:
Baik-baik belayar malam
Arus deras karangnya tajam
Cari-cari malim yang faham
Di situ banyak kapal tenggelam.
Penggunaan unsur alam ini terlahir daripada pengkaryanya sendiri kerana, seperti yang telah kita ketahui alam amat dekat dengan jiwa manusia. Malahan, jika dilihat pada masa dahulu, alam amat penting kepada kehidupan manusia kerana ianya mempunyai pelbagai khazanah yang tidak ternilai harganya. Selain itu, pada dasarnya sesebuah pantun dengan sendirinya akan menyerlahkan persekitaran masyarakat yang melahirkannya iaitu ia menyatakan latar alam dan latar budaya masyarakat.
Pembukaan Kota Melaka.
Idealisme bersumberkan alam boleh dikaitkan dengan karya agung Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu yang telah di tulis oleh Tun Seri Lanang dan telah di selenggarakan oleh A. Samad Ahmad. Pemikiran tokoh ini yang mengaitkan dengan sumber alam ialah tentang penubuhan kota Melaka. Hal ini dapat dijelaskan berikutan cerita yang terdapat dalam karya agung tersebut yang mengatakan Parameswara bersama-sama pengikutnya sedang berteduh dan menyandar pada sepohon pokok kayu yang baginda sendiri tidak ketahui namanya. Kemudian, baginda bertanyakan kepada salah seorang pengikutnya, dan pengikutnya memaklumkan kepada baginda bahawa pokok kayu tersebut ialah pokok Melaka.
Di samping itu, baginda tertarik untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat untuk di bangunkan kota, negeri dan kerajaan kerana beliau ada menyaksikan satu kejadian yang menakjubkan. Peristiwa tersebut ialah mengenai peristiwa pelanduk putih yang menendang anjing pemburuan baginda. Kejadian tersebut menyaksikan peristiwa di mana anjing pemburuan Parameswara telah di tendang jatuh ke sungai oleh seekor pelanduk putih. Antara petikan cerita yang mengisahkan tentang peristiwa pembukaan kota Melaka ialah:
“..... titah baginda “Baik tempat ini diperbuat negeri, anjing alah pada pelanduk; jikalau orangnya betapa lagi?” maka sembah segala Orang Besar-Besar, “benarlah seperti titah Duli Tuanku itu.” Maka disuruh baginda tebas, diperbuat negeri. Maka titah Baginda “apa nama kayu itu?” Maka sembah orang, “kayu Melaka namanya, Tuanku,” Maka titah Raja Iskandar Syah,”jika demikian,“Melakalah nama negeri ini?”
Singapura di langgar todak
Peristiwa Singapura di langgar todak merupakan salah satu peristiwa yang berlaku di Singapura yang turut diceritakan dalam karya agung Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu yang telah di tulis oleh Tun Seri Lanang dalam bab 4 pada halaman 67 dalam buku tersebut. Di situ, Tuan Jana Khatib telah menilik pohon pinang sehingga pohon itu telah terbelah dua dan kejadian itu berlaku di hadapan permaisuri raja. Raja telah menitahkan hukuman bunuh ke atas Tuan Jana Khatib kerana beliau di anggap sengaja ingin menunjuk-nunjuk kebolehannya di hadapan permaisuri.
Beberapa lama kemudian selepas peristiwa tersebut, Singapura telah menerima bencana besar iaitu bencana serangan todak. Ramai rakyat jelata telah terkorban. Nyawa rakyat terus melayang apabila Paduka Seri Maharaja telah memerintahkan rakyatnya berkotakan betis. Kemudian datang seorang budak yang pintar mencadangkan agar mereka berkotakan batang pisang.
Dalam peristiwa Singapura di langgar todak, ada di selitkan tentang penggunaan batang pisang untuk mempertahankan Singapura. Kepintaran budak tersebut untuk mempertahankan Singapura daripada di langgar todak amat bijak sekali kerana batang pisang yang lembut akan memudahkan muncung todak terlekat di batang tersebut. Malahan, idea tersebut muncul daripada budak tersebut mungkin di sebabkan oleh keadaan sekelilingnya yang amat banyak dengan pokok pisang atau tumbuhan yang lain. Hal ini demikian kerana, keadaan persekitarannya pada masa dahulu amat banyak dipenuhi dengan pokok-pokok atau unsur alam yang lagi yang masih terjaga. Sumber alam tersebut juga merupakan punca utama untuk penduduk mendapatkan sumber makanan. Malahan, sungai dan laut amat penting kepada mereka untuk mencari rezeki menyara kehidupan mereka sekeluarga di samping sebagai bahan dagangan.
Tuesday, April 8, 2014
JENIS DAN CIRI-CIRI RETORIK
Terdapat enam jenis ciri-ciri retorik yang akan dikupas dalam bahagian ini. Keadaan ini dapat dilihat seperti huraian di bawah :
a) Pemerian
Kebiasaannya retorik jenis pemerian ini hadir ketika penulis ingin melakukan penjelasan atau huraian berkaitan sesuatu idea. Retorik ini bermatlamat untuk menyampaikan fakta dan maklumat yang lengkap kepada pembaca atau pendengar. Di antara cirri-ciri pemerian ialah dilaksanakan secara objektif, tepat dan jelas. Contohnya memberi gambaran secara realistic berdasarkan fakta yang konkrit. Kedua, bahasa yang digunakan adalah jelas dan tersusun. Struktur penulisannya juga mempunyai pendahuluan, huraian dan kesimpulan dan yang ketiga teknik ini bersifat deskriptif dan informative. Deskriptif bermaksud maklumat yang disampaikan secara huraian manakala informative pula adalah maklumat yang disampaikan secara pemberitahuan.
b) Pemujukan
Retorik pemujukan atau pengaruhan lazimnya akan melibatkan bahasa pujukan bagi mempengaruhi pemikiran dan keyakinan orang lain agar mempercayai sesuatu perkara yang diperkatakan. Ciri-ciri retorik pemujukan ialah menggunakan bahasa yang manis, menarik dan mementingkan kehalusan berbahasa. Hal ini bertujuan menarik khalayak berdasarkan pengaruh psikologi dengan menyatakan kehebatan atau kebaikan Sesutu yang sedang diperkatakan. Kebiasaannya kita temui retorik ini dalam pengiklanan.
c) Penerangan
Seterusnya ialah retorik penerangan. Retorik ini berfungsi untuk memberi penjelasan berkenaan sesuatu perkara dengan lebih terperinci dan tersusun misalnya dari satu langkah kepada langkah yang lain dan dari satu bahagian kepada bahagian yang seterusnya.
d) Penceritaan
Retorik penceritaan atau boleh juga dikenali sebagai naratif bermaksud bentuk penyampaian melalui cerita sama ada dalam bentuk penulisan mahu pun lisan. Di antara contoh retorik penceritaan dalam penulisan ialah cerpen, novel, drama dan sebagainya.retorik penceritaan ini dapat dikenalpasti apabila mempunyai pendahuluan, perkembangan cerita, konflik dan peleraian. Selain itu, biasanya retorik ini menggunakan gaya bahasa imejan, perlambangan, metafora, personafikasi dan banyak lagi.
e) Pendedahan
Definisi retorik pendedahan ialah bentuk retorik yang mendedahkan, menampakkan sesuatu atau menunjukkan sesuatu perihal dengan jelas dan terperinci. Matlamat retorik ini digunakan diantaranya ialah memberikan idea atau maklumat kepada khlayak. Ciri-ciri retorik jenis ini ialah memberikan takrifan, dihuraikan secara jelas dan diserta dengan perbandingan.
f) Penghujahan
Retorik yang terakhir ialah retorik jenis penghujahan. Retorik penghujahan ini membawa maksud pemujukan rasional atau intelek. Biasanya retorik jenis ini digunakan dalam perbahasan, perdebatan, pembicaraan, forum dan penulisan akademik. Di antara cirri-ciri penghujahan ialah memerlukan khalayak bersetuju dan yakin dengan pendapat yang dikemukakan serta haruslah disokong dengan bukti yang konkrit dan jelas. Teknik penyampaian retorik jenis ini terbahagi kepada dua iaitu secara deduksi dan induksi.
KONSEP RETORIK
Retorik berasal daripada bahasa Greek iaitu “rhetor” yang membawa maksud pemidato. Retorik merupakan seni atau teknik memujuk yand disalurkan melalui bahasa lisan, visual atau tulisan. Definisi bagi retorik diperluas sejak retorik dijadikan sebagai salah satu bidang kajian. Oleh hal yang demikian, retorik klasik berbeza dengan retorik komtemporari yang turut melibatkan penganalisisan dalam unsur teks dan juga visual.
Retorik klasik biasanya diajar dala sastera liberal asal dan tergolong dalam trivium. Dalam zaman purba dan pertengahan, kajian terhadap menekanan penggunaan bahasa yang betul, tepat, memuaskan dan berkesan dalam aspek pengkajian dan kritikan karya sastera. Aspek logik pula menekankan ujian dan penciptaan ilmu baharu melalui proses soal dan jawab manakala retorik pula menekankan keadah atau cara memujuk yang biasanya digunakan dalam tempat-tempat awam seperti di Dewan Perhimpunan dan sebagainya. Retorik banyak digunakan dalam masyarakat demokratik dengan prinsip kebebasan bersuara berpersatuan dan kebebasan berpolitik dengan syarat tidak bercanggah dengan Perlembangan Persekutuan dan undang-undang yang ditetapkan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1326), retorik didefinisikan sebagai teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan. Bukan itu sahaja, retorik juga dimaksudkan sebagai seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran para pendengar iaitu suatu seni yang menggunakan bahasa lisan atau cara untuk berkomunikasi yang juga disebut sebagai seni berpidato.
Retorik klasik biasanya diajar dala sastera liberal asal dan tergolong dalam trivium. Dalam zaman purba dan pertengahan, kajian terhadap menekanan penggunaan bahasa yang betul, tepat, memuaskan dan berkesan dalam aspek pengkajian dan kritikan karya sastera. Aspek logik pula menekankan ujian dan penciptaan ilmu baharu melalui proses soal dan jawab manakala retorik pula menekankan keadah atau cara memujuk yang biasanya digunakan dalam tempat-tempat awam seperti di Dewan Perhimpunan dan sebagainya. Retorik banyak digunakan dalam masyarakat demokratik dengan prinsip kebebasan bersuara berpersatuan dan kebebasan berpolitik dengan syarat tidak bercanggah dengan Perlembangan Persekutuan dan undang-undang yang ditetapkan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1326), retorik didefinisikan sebagai teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan. Bukan itu sahaja, retorik juga dimaksudkan sebagai seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran para pendengar iaitu suatu seni yang menggunakan bahasa lisan atau cara untuk berkomunikasi yang juga disebut sebagai seni berpidato.
Friday, April 4, 2014
Galeri
Contoh upacara Adat Perpatih
Model Falsafah Bahasa
Hikayat Hang Tuah
Sulalatus Salatin
Sejarah Melayu
Tuesday, April 1, 2014
FALSAFAH BAHASA
Falsafah Bahasa
Falsafah bahasa ialah usaha menganalisis ciri-ciri umum bahasa seperti makna, rujukan, kebenaran, penyahihan, lakuan pertuturan, dan keperluan logis. Falsafah bahasa dapat dibahagikan kepada dua iaitu falsafah mengenai bahasa dan falsafah berdasarkan bahasa. Dalam hubungannya dengan situasi pertama, lazimnya ahli falsafah mempunyai satu sistem yang dipakai untuk mendekati bahasa sebagai satu objek khusus. Objek daripada pengertian falsafah bahasa sebagai “falsafah mengenai bahasa”. Falsafah dalam situasi kedua mengandung pengertian bahawa ahli falsafah itu berfalsafah dan memberi satu sumber yang dapat dijadikan titik tolak dalam menyediakan bahan-bahan yang diperlukan.
Sejarah Falsafah Bahasa
Falsafah bahasa turut dikenali sebagai falsafah analitis. Kemunculannya di tengah-tengah kancah falsafah mempunyai kaitan erat dengan aliran-aliran falsafah sebelumnya. Antaranya empirisme, rasionalisme, positifisme, idealisme, dan sebagainya. Setiap aliran falsafah ini mempunyai ciri khas yang membolehkan kita untuk membezakan di antara satu sama lain. Falsafah analitis didukung oleh beberapa tokoh falsafah termasyhur sejak dahulu lagi seperti Socrates, Aristotle, Descartes, David Hume, Immanuel Kant, dan G.E Moore. Keadaan ini menunjukkan bahawa falsafah ini telah muncul pada abad ke-20 lagi. Namun, pembicaraan tentang konsep utama daripada ahli-ahli falsafah analitis hanya menampilkan beberapa tokoh penting seperti Bertrand Russel, Ludwig Wittgenstein, Alfred Jules Ayer, Gilbert Ryle, dan John Langshaw Austin. Terdapat perbezaan pokok antara ahli ahli falsafah analitis itu sendiri iaitu berkaitan dengan keupayaan ahli-ahli falsafah analitis untuk menentukan prinsip-prinsip yang jelas dan kukuh bagi penerapan meteodologi falsafah ini. Ketiga-tiga gerakan ini dikenali sebagai atomisme logik, positifme logik, dan falsafah bahasa. Rajah di bawah menunjukkan carta alir bagi sejarah falsafah analitis.
Falsafah Empirisme
(John Locke, David Hume dll. dengan gagasan pengalaman penentu kebenaran)
Falsafah Rasionalisme
(Tokoh-tokohnya menggagaskan akal penentu kebenaran)
Falsafah Positifisme
(A. Comte antara tokoh yang masih dipengaruhi oleh aliran empirisme)
Falsafah Idealisme
(Bermula pertengahan abad ke-19 oleh Hegel)
Falsafah Analitis (Falsafah Bahasa)
(Bermula awal abad ke-20 oleh G.E. Moore, Bertrand Russel, dan Wittgenstein)
Rajah 1: Aliran Perkembangan Metode Falsafah di Eropah
Berdasarkan liran di atas, falsafah analitis bersifat kritikan terhadap bahasa dalam bidang falsafah. Ahli falsafah yang berpegang dengan falsafah analitis ini bertujuan atau bermaksud membersihkan dan menyembuhkan (therapy) pemakaian bahasa dalam falsafah. Hal ini bermakna para ahli falsafah analitis menganggap bahasa falsafah itu mengandungi banyak penyakit seperti kekaburan erti (vagueness), kepelbagaian makna (ambiguity), ketidakterangan (inexplicitness), dan lain-lain. Oleh sebab itu, perlu disusun suatu kriteria logis yang dapat menentukan sama ada sesuatu istilah itu mengandungi makna (meaningfull) atau tidak (meaningless). Oleh itu, kita tidak akan terjebak dalam perangkap falsafah itu.
Model Falsafah Bahasa
Model Falsafah Bahasa merupakan gabungan Teori Relatif dengan Teori Kenuranian Bahasa yang telah diperkenalkan oleh Mohd Rashid Md Idris dalam tesis ph.D beliau pada tahun 2007. Dapatan daripada teori ini ialah potensi berbahasa adalah kurniaan Allah. (Mohd Rashid Md Idris, 2010: 15). Model ini dapat dilihat seperti dalam rajah di bawah:

Berdasarkan rajah di atas, kita dapat melihat terdapat tiga pecahan utama iaitu bulatan, anak panah, dan garisan putus-putus. Bentuk bulatan menggambarkan perlunya kita berbahasa secara sempurna mengikut nahu, makna, dan tujuan. Ketiga-tiga aspek ini adalah selaras prinsip kesempurnaan berbahasa iaitu berbahasa mengikut nahu yang betul, berbahasa untuk menyampaikan maklumat yang benar, dan berbahasa untuk tujuan ibadah. Segala ujaran itu mestilah dalam konteks yang mudah untuk difahami, disenangi oleh pendengar, dan bertujuan baik selaras dengan tuntutan syarak. Bentuk bulatan ini secara tidak langsung turut menggambarkan peranan bahasa yang menggambarkan keseluruhan kehidupan orang Melayu termasuklah dalam mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan mereka sepenuhnya. Kitaran budaya dan usia juga diibaratkan seperti roda yang adakalanya di atas dan adakalanya di bawah.
Rajah anak panah dua hala menggambarkan hubungan langsung (tersurat) antara antara penutur dengan pendengar. Dalam konteks ini, akan berlakunya satu keadaan saling menghantar maklumat dan maklum balas supaya kegiatan berbahasa itu aktif dan memenuhi keperluan bersama. Keadaan ini selaras dengan prinsip kesempurnaan berbahasa yang kedua iaitu berbahasa untuk menyampaikan maklumat. Lumrahnya, seorang manusia perlu berkomunikasi antara satu sama lain untuk berhubung bagi mendapatkan maklumat. Pelbagai cara manusia berkomunikasi. Ada yang secara verbal dan ada yang secara non-verbal. Pada zaman yang serba moden ini, pelbagai teknologi canggih dapat digunakan untuk berkomunikasi walaupun berada dalam satu jarak yang jauh. Berbeza dengan komunikasi pasa zaman dahulu, pengaranglah yang banyak berperanan dalam menyampaikan satu-satu maklumat. Contohnya, Tuhfat al-Nafis dihasilkan bagi menceritakan mengenai raja-raja Melayu serta Bugis daripada anak cucu raja Melayu keturunan daripada Marhum Abdul Jalil yang mangkat di Kuala Pahang serta Marhum Raja Kecik negeri Siak adalah ditulis bagi generasi akan datang supaya mereka dapat menyedari latar belakang mereka dan memahami asal-usul keadaan yang ada pada zaman tersebut. jika kita lihat, di sini juga telah wujud komunikasi antara pengarang zaman dahulu dengan generasi sekarang bagi menyampaikan satu maklumat yang sahih tentang asal-usul keturunan mereka.
Garisan putus-putus dalam rajah menerangkan wujudnya hubungan secara abstrak (tersirat) antara manusia dengan Allah selaku Pencipta. Dalam hubungan ini, Allah telah menganugerahkan banyak perkara kepada makhluk-Nya. Keadaan ini termasuklah kejadian asal diri manusia itu sendiri. Dalam konteks ini, Allah turut menganugerahkan akal kepada manusia untuk berfikir dalam menentukan sama ada mereka memilih untuk menjadi manusia yang baik ataupun sebaliknya. Alat-alat pertuturan yang diberikan kepada manusia merupakan satu pinjaman yang amat berharga untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Manusia berkomunikasi bukan sahaja sesama mereka tetapi juga dengan Yang Maha Pencipta iaitu melalui amalan ibadah yang dilakukan. Keadaan ini selaras dengan prinsip kesempurnaan berbahasa yang ketiga iaitu berbahasa untuk beribadah atau mentauhidkan Allah. Dalam Tuhfat al-Nafis, pengarang turut menyampaikan banyak perihal tentang keagamaan bagi memperlihatkan tentang kepentingan beragama walaupun daripada golongan atasan dan pemerintah.
Secara keseluruhannya, Model Falsafah Bahasa cuba mengetengahkan satu situasi yang lebih jelas tentang keperluan berkomunikasi sama ada secara tersurat mahupun tersirat. Ketiga-tiga prinsip kesempurnaan berbahasa yang dihimpunkan dalam model ini sememangnya banyak menyedarkan kita akan kepentingan berbahasa dalam kehidupan sehari-harian. Manusia yang tidak gemar bercampur dengan masyarakat lain dianggap rugi kerana mereka akan ketandusan maklumat. Model ini sangat penting diaplikasikan pada zaman moden ini memandangkan masyarakat terutamanya golongan muda lebih gemar hidup dalam dunia sendiri dengan gajet-gajet terkini sehingga mengabaikan perintah agama.
Semua bahasa yang terdapat di dunia mempunyai nahu atau tatabahasa yang tersendiri, terutamanya bahasa Melayu. Nahu atau tatabahasa merujuk kepada sistem atau susunan sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Penggunaan nahu yang sempurna bermaksud penggunaan kata atau perkataan dan ayat yang betul dalam proses berbahasa.
Nyanyian dalam karya sulalatus salatin memperlihatkan penggunaan bahasa yang sangat halus untuk menggambar sesuatu perkaran. Perkara ini dapat dilihat melalui nyanyian Kapitan Melaka.
Dihela-hela diretak sehasta
Kandis dipenggalkan
Alangkah gila Raja Kecil
Menggusta manis ditinggalkan
Melihat buah hartal masuk.
(Muhammad Haji Salleh, 1997: 217)
Nilai berbudi dan berbahasa dianggap sebagai suatu nilai yang tinggi dalam masyarakat Melayu dan disanjung tinggi sebagai ukuran ketinggian keperibadiannya. Dalam karya Sulalatus Salatin yang ditulis oleh Muhammad Haji Salleh menunjukkan ketinggian ilmu orang Melayu dalam berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang indah seperti pantun dan syair.
Subscribe to:
Posts (Atom)