- Konsep Melayu
- Konsep Karya Agung Melayu
- Ciri-ciri Karya Agung Melayu
- Analisis Karya Agung
- Falsafah dalam Karya Agung
- Falsafah Bahasa
- Konsep Retorik
- Jenis dan Ciri-ciri Retorik
- Idealisme Bersumberkan Alam
- Nilai Ilmu dan Maklumat
Tuesday, April 22, 2014
SENARAI KANDUNGAN
Thursday, April 17, 2014
Wednesday, April 16, 2014
NILAI ILMU DAN MAKLUMAT
Ilmu Firasat
Ilmu firasat merupakan salah satu bentuk ilmu yang berkait rapat dengan kebolehan “membaca” perwatakan manusia melalui tanda yang ada pada tubuh. Tanda pada tubuh tersebut bukan sesuatu yang dibuat secara sewenang-wenangnya tetapi berdasarkan kepercayaan dan pengalaman yang hidup subur dalam nilai budaya dan amalan hidup masyarakat. Antara karya yang memuatkan penceritaan tentang firasat ialah Taj al –Salatin dan Bustan al-Salatin.
Medan makna firasat dalam The Encyclopedia of Islam didefinisikan sebagai: “ a technique of inductive divination which permits the foretelling of moral conditions and psychological behaviour from external indications and physical states... These indications are provided by colours, forms and limbs; they reveal the secrets of characters and minds”.
(The Encyclopedia of Islam, 1991; 916)
Antara unsur ilmu yang termasuk dalam medan makna ilmu firasat adalah seperti dalam senarai berikut: Birth- marks and beuty spot, palmistry, character as revealed from shoulder-blades, examination of foot-prints, examination of morphoscopic or genealogical lines, finding one’s bearing in deserts, dowsing, detection of precious metals, signs foretelling rain, the unravelling pf secret analogies between present and future events, divination by means of palm-trees (palmomancy).
(The Encyclopedia of Islam, 1991; 915)
SENARAI RUJUKAN
Abdul
Halim Bandan, (1994). Hikayat Hang Tuah untuk SPM. Kuala Lumpur : Cahaya Pantai
(M) Sdn. Bhd.
Ahmad
Sarji, (2004). Hang Tuah : Tokoh epik nasional. Selangor : Pelanduk
Publications (M) Sdn. Bhd.
Ani
Hj. Omar, (2011) Apresiasi teori kesusasteraan Melayu. Perak : Emeritus
Publications.
Azizah
Kassim, (1974). Kedudukan wanita dalam masyarakat adat Perpatih dalam abad
kedua puluh : Manusia dan masyarakat. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Hamka,
(1978). Soal jawab agama Islam. Kuala Lumpur : Pustaka Melayu Baru.
Jelani
Harun, (2003). Pemikiran adab ketatanegaraan kesultaanan Melayu. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd
Rosli Saludin, (2007). Naning luak terbilang. Penang : Goal Intelligent
Publishing Sdn. Bhd.
Muhammad
Haji Salleh, (1997). Sulalat al-Salatin. Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan Dan
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nordin
Selat, (1982). Sistem sosial dan adat Perpatih. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Norhalim
Hj. Ibrahim, (2005). Wanita dan adat Perpatih. Kertas kerja untuk ceramah
peranan wanita dalam adaat Perpatih, anjuran Lembaga Muzium Negeri di
Perkampungan Budaya Terachi pada 28 September 2005.
Yusoff
Iskandar dan Abd Rahman Kaeh, (1985). Sejarah Melayu : Satu perbincangan kritis
dari pelbagai bidang. Kuala Lumpur : Heinnemann.
Tuesday, April 15, 2014
IDEALISME BERSUMBERKAN ALAM
Idealisme menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 558-559) ialah sifat iaitu sikap atau perbuatan melihat atau mencita-citakan sesuatu dalam bentuk yang ideal. Selain itu juga, idealisme ialah tentang pemikiran seseorang tokoh dalam melahirkan karyanya.
Hubungan alam dengan pantun.
Karya agung Pantun Melayu: Bingkisan Permata yang dikaji dan diperkenalkan oleh Harun Mat Piah ini banyak mengandungi pantun yang mengandungi unsur-unsur alam.
Menurut Hassan Ahmad beliau beranggapan pantun merupakan wadah yang digunakan oleh orang Melayu untuk mengungkapkan fikiran dan rasa hatinya tentang makna kehidupan, tentang kelakuan manusia dan hubungannya dengan alam sekitar.Contoh:
Baik-baik belayar malam
Arus deras karangnya tajam
Cari-cari malim yang faham
Di situ banyak kapal tenggelam.
Penggunaan unsur alam ini terlahir daripada pengkaryanya sendiri kerana, seperti yang telah kita ketahui alam amat dekat dengan jiwa manusia. Malahan, jika dilihat pada masa dahulu, alam amat penting kepada kehidupan manusia kerana ianya mempunyai pelbagai khazanah yang tidak ternilai harganya. Selain itu, pada dasarnya sesebuah pantun dengan sendirinya akan menyerlahkan persekitaran masyarakat yang melahirkannya iaitu ia menyatakan latar alam dan latar budaya masyarakat.
Pembukaan Kota Melaka.
Idealisme bersumberkan alam boleh dikaitkan dengan karya agung Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu yang telah di tulis oleh Tun Seri Lanang dan telah di selenggarakan oleh A. Samad Ahmad. Pemikiran tokoh ini yang mengaitkan dengan sumber alam ialah tentang penubuhan kota Melaka. Hal ini dapat dijelaskan berikutan cerita yang terdapat dalam karya agung tersebut yang mengatakan Parameswara bersama-sama pengikutnya sedang berteduh dan menyandar pada sepohon pokok kayu yang baginda sendiri tidak ketahui namanya. Kemudian, baginda bertanyakan kepada salah seorang pengikutnya, dan pengikutnya memaklumkan kepada baginda bahawa pokok kayu tersebut ialah pokok Melaka.
Di samping itu, baginda tertarik untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat untuk di bangunkan kota, negeri dan kerajaan kerana beliau ada menyaksikan satu kejadian yang menakjubkan. Peristiwa tersebut ialah mengenai peristiwa pelanduk putih yang menendang anjing pemburuan baginda. Kejadian tersebut menyaksikan peristiwa di mana anjing pemburuan Parameswara telah di tendang jatuh ke sungai oleh seekor pelanduk putih. Antara petikan cerita yang mengisahkan tentang peristiwa pembukaan kota Melaka ialah:
“..... titah baginda “Baik tempat ini diperbuat negeri, anjing alah pada pelanduk; jikalau orangnya betapa lagi?” maka sembah segala Orang Besar-Besar, “benarlah seperti titah Duli Tuanku itu.” Maka disuruh baginda tebas, diperbuat negeri. Maka titah Baginda “apa nama kayu itu?” Maka sembah orang, “kayu Melaka namanya, Tuanku,” Maka titah Raja Iskandar Syah,”jika demikian,“Melakalah nama negeri ini?”
Singapura di langgar todak
Peristiwa Singapura di langgar todak merupakan salah satu peristiwa yang berlaku di Singapura yang turut diceritakan dalam karya agung Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu yang telah di tulis oleh Tun Seri Lanang dalam bab 4 pada halaman 67 dalam buku tersebut. Di situ, Tuan Jana Khatib telah menilik pohon pinang sehingga pohon itu telah terbelah dua dan kejadian itu berlaku di hadapan permaisuri raja. Raja telah menitahkan hukuman bunuh ke atas Tuan Jana Khatib kerana beliau di anggap sengaja ingin menunjuk-nunjuk kebolehannya di hadapan permaisuri.
Beberapa lama kemudian selepas peristiwa tersebut, Singapura telah menerima bencana besar iaitu bencana serangan todak. Ramai rakyat jelata telah terkorban. Nyawa rakyat terus melayang apabila Paduka Seri Maharaja telah memerintahkan rakyatnya berkotakan betis. Kemudian datang seorang budak yang pintar mencadangkan agar mereka berkotakan batang pisang.
Dalam peristiwa Singapura di langgar todak, ada di selitkan tentang penggunaan batang pisang untuk mempertahankan Singapura. Kepintaran budak tersebut untuk mempertahankan Singapura daripada di langgar todak amat bijak sekali kerana batang pisang yang lembut akan memudahkan muncung todak terlekat di batang tersebut. Malahan, idea tersebut muncul daripada budak tersebut mungkin di sebabkan oleh keadaan sekelilingnya yang amat banyak dengan pokok pisang atau tumbuhan yang lain. Hal ini demikian kerana, keadaan persekitarannya pada masa dahulu amat banyak dipenuhi dengan pokok-pokok atau unsur alam yang lagi yang masih terjaga. Sumber alam tersebut juga merupakan punca utama untuk penduduk mendapatkan sumber makanan. Malahan, sungai dan laut amat penting kepada mereka untuk mencari rezeki menyara kehidupan mereka sekeluarga di samping sebagai bahan dagangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)